Sunday, 1 February 2015

Biodata Ahli Rombongan



Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.




Nama : Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein
Lahir : Dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang 
    Pendidikan : Didikan awal di: Sekolah Melayu Kampung.
                     Selepas habis sekolah meengah: Maktab Melayu Kuala Kangsar dan                          kemudiannya ke Raftles College Singapura untuk melanjutkan                                      pelajarannya.
                     Seterusnye: menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn,                        London hanya dalam tempoh lapan belas bulan 
Kerjaya : - Beliau berhidmat dengan kerajaan Pahang sebagai Penolang                                       Setiausaha Kerajaan.
- Beliau juga di lantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.
- Pada tahun 1951 beliau  telah menjadi  Yang Dipertua UMNO 
- Beliau juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. 
Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun. 
- Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.

Tarikh Kematian: 
14 Januari 1976


Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertama dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.
Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

Kriteria Pemilihan Sebagai Ahli Rombongan


  1. Merupakan ahli Perikatan 
  2. Merupakan wakil-wakil Sultan Melayu
  3. Mempunyai sebab yang sama iaitu untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  4. Mendapat sokongan pelbagai kaum

Usul Yang Dibawa

  1. Sebuah suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal perlembagaan merdeka
  2. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu
  3. Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani 
  4. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah ditetapkan pada 31 Ogos 1957
  5. Institusi raja berpelembagaan dikekalkan
  6. Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri diteruskan.

Hasil Rundingan



Pada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaaan Rombongan Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih 2 ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan ini terdiri daripada tiga orang wakil daripada pihak kerajaan dan tiga lagi wakil daripada Raja-Raja Melayu. Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.